Rabu, 30 November 2011

JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT


KOMPONEN 1: Tajuk dan tujuan unit
TAJUK:  JIRAN MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
SUBTAJUK   : 1. Defenisi Jiran.
                          2. Mengenali Jiran.
                          3. Kepentingan Jiran.
                          4. Menyemai Semangat Kejiranan
TUJUAN UNIT:  Menyemai semangat kejiranan dan kekitaan dalam kalangan murid.
Kepentingan UniT: Memberi pengetahuan kepada murid tentang pentingnya jiran dalam kehidupan seharian.
KOMPONEN 2: Pengetahuan sedia ada murid
Pengetahuan sedia ada murid:
Pelajaran 1: Murid tinggal di kawasan kejiranan.
Pelajaran 2: Murid mengenali beberapa jiran berhampiran tempat tinggal mereka.
Pelajaran 3: Murid pernah membantu dan dibantu oleh jiran.
Pelajaran 4: Murid pernah berbua/bermesra/melakukan aktiviti bersama jiran.
Pelan mencungkil idea:
Pelajaran 1: Murid merujuk kamus untuk mencari maksud jiran.
Pelajaran 2: Murid menyenaraikan nama jiran yang mereka kenali.
Pelajaran 3: Murid menonton video tentang situasi mangsa kebakaran yang dibantu oleh jirannya.
Pelajaran 4: Menyenaraikan aktiviti yang boleh dilakukan bersama jiran.
Idea/Objektif utama yang mungkin sukar dicapai.
Pelajaran 1: Menghuraikan secara terperinci defenisi jiran.
Pelajaran 2: Menyatakan nama serta latar belakang jiran.
Pelajaran 3: Kurang memahami peranan yang sepatutnya dimainkan oleh seorang jiran.
Pelajaran 4: Murid mungkin sukar memberikan cadangan aktiviti yang dapat menyemai semangat kejiranan.
Miskonsepsi yang mungkin wujud dan konsep saintifiknya.
Pelajaran 1: Jiran ialah orang yang paling ahmpir dengan kita.
Pelajaran 2: Jiran ibarat keluarga yang berdekatan kita.
Pelajaran 3: Jiran yang paling awal dapat membantu kita ketika dalam kesusahan.
Pelajaran 4: Aktiviti yang bermanfaat dan bersesuaian dapat mengeratkan hubungan antara jiran dan menyemai semangat kejiranan.
KOMPONEN 3: ANALISIS ISI KANDUNGAN PELAJARAN
Hasil pembelajaran: Di akhir pelajaran ini murid akan dapat:
Pelajaran 1:      A:        Menguasai isi kandungan pelajaran
                                    1.Mendefenisikan tentang jiran.
                                    2. Menghurai maksud jiran dengan jelas dan tepat.   
                        B:        Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
                                    1. Mengaitkan jiran dengan kehidupan seharian.
                                    2.Menyedari kewujudan jiran di sekeliling.
                        C:        Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
                                    1.Bekerjasama dalam kumpulan. 2.Prihatin.
Pelajaran 2:      A:        Menguasai isi kandungan pelajaran
                                    1.Menyedari kewujudan jiran di sekeliling.
                                    2. Menyatakan secara ringkas latar belakang jiran.    
                        B:        Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
                                    1. Membina rajah senarai jiran.
                                    2.Melukis rajah pokok tentang jiran dan latar belakang.
                        C:        Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
                                    1.Kreatif.
Pelajaran 3:      A:        Menguasai isi kandungan pelajaran
                                    1.Menyedari kepentingan jiran dalam kehidupan seharian.
                                    2. Menghargai jiran yang ada di sekeliling mereka.
                        B:        Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
1. Menyenaraikan kebaikan jiran kepada murid / jasa murid kepada jiran.
2.Memberikan sebab dan kesan pertolongan yang diberi atau diterima.
                        C:        Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
1.      Menghargai.
2.      Bersyukur.

Pelajaran 4:      A:        Menguasai isi kandungan pelajaran
                                    1.Mengetahui kepintingan memmupuk semangat kejiranan.
                                    2.Mengetahui perkaitan antara jiran dan kehidupan seharian.
                        B:        Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
1. Berbincang dalam kumpulan tentang aktiviti dan kegiatan yang boleh memupuk semangat kejiranan.
2.Melakonkan situasi aktiviti yang bekkaitan semangat kejiranan.
                        C:        Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
1.      Bekerjasama.
2.      Berani.

Idea utama menggunakan bahasa yang sesuai dengan kebolehan dan umur murid
Pelajaran 1: Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran rumah kita.
Pelajaran 2: Mengenali jiran memberikan banyak manfaat dan faedah kepada kita.
Pelajaran 3: Jiran orang pertama yang dapat membantu jika kita dalam kesusahan.
Pelajaran 4: Semangat kejiranan ialah kita hidup secara bekerjasama dan mengenali.

Objek, sistem, atau kejadian sebenar yang berkaitan
Pelajaran 1 : Hidup kita seharian dikelinglingi jiran.
Pelajaran 2: Jiran kita berbagai agama / bangsa.
Pelajaran 3: Jiran sering memberikan sesuatu tau membantu kita.
Pelajaran 4: Banyak aktiviti kemasyarakatan dijalankan di tempat tinggal kita.


Senarai istilah/konsep/prinsip/hukum/teori
Pelajaran 1: Jiran
Pelajaran 2: Mengenali
Pelajaran 3:Kepintingan / Peranan
Pelajaran 4:Kejiranan

Persoalan utama dengan jawapan (Jika pembelajaran inkuiri)
Pelajaran 1: Siapakah jiran? ( Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran rumah kita)
Pelajaran 2: Siapakah nama jiran kamu? ( Nama jiran saya ialah Encik Amin)
Pelajaran 3: Mengapakah jiran penting? ( Jiran dapat membantu kita ketika dalam kesusahan)
Pelajaran 4: Apakah aktiviti yang boleh kita lakukan bersama jiran? ( Bemain.mengadakan kenduri, menghadiri rumah terbuka)









LATIHAN 1
Bina lima ayat lengkap berdasarkan gambar di bawah.
Go to fullsize image
1.      _______________________________________________________________________________________________________________________________________________
2.      _______________________________________________________________________________________________________________________________________________
3.      ________________________________________________________________________________________________________________________________________________
4.      ________________________________________________________________________________________________________________________________________________
5.      ________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tiada ulasan:

Catat Ulasan